Pengangguran Meningkat Di Bawah Pentadbiran WARISAN

Dalam sebuah majlis di Kota Kinabalu baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah YAB Shafie Apdal telah dilaporkan mengatakan “Sabah memerlukan modal insan yang mempunyai kepelbagaian dari segi kepakaran bagi menguruskan kewangan, kekayaan dan sumber ke arah melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri… Sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang kepakaran dan kemahiran adalah perlu kerana ia akan membolehkan negara mampu berdepan cabaran ekonomi global di masa mendatang.”

Kenyataan Shafie mungkin nampak seperti satu penggalakan dan motivasi, namun  hakikatnya adakah rakyat Sabah, lebih-lebih lagi tenaga kerja pakar dan terlatih yang mengaggur, akan percaya padanya? Jelas sekali tidak, mereka hanya akan mencemuh sahaja pada kenyataan itu.

Sejak penubuhannya, kerajaan Warisan telah mempamerkan parti tersebut sebagai jaguh untuk rakyat Sabah dan ingin memberikan masa depan yang lebih cerah untuk Negeri Di Bawah Bayu itu.

Tapi apa sebenarnya yang telah dibuat oleh mereka sejak memegang tampuk pemerintahan selama setahun?

Jelasnya, tiada. Malah, mungkin lebih teruk lagi.

Tengok sahaja pada kadar pengangguran di Sabah yang sudah meningkat daripada 5.6% pada 2017 ke 5.8% pada 2018 sejak parti Warisan mengambilalih kerajaan negeri. Pada Julai tahun lalu, jumlah graduan yang menganggur telah meningkat kepada 27,540. Ini sungguh mengejutkan! Adakah ini satu petanda penambahbaikan?

Tahun 2017 (di bawah BN) 2018/2019 (di bawah Warisan)
Kadar Pengangguran 5.6% 5.8%
Jumlah penganggur (‘000) 107.5 112.2

Tahap kemiskinan di Sabah sudah lama menjadi topik perbincangan nasional, dan sudah tentunya perkara ini berkait dengan kadar pengangguran di negeri itu.

Menurut sekeping artikel oleh The Edge Markets, program pembasmian kemiskinan oleh kerajaan sebelumnya telah membantu 30,000 orang keluar daripada kancah kemiskinan pada awal tahun 2017.

Musa Aman pernah menyatakan bahawa “kadar kemiskinan (di Sabah) boleh dikurangkan kepada bawah 1% apabila Rancangan Malaysia Ke-11 berakhir,” menggunakan gabungan projek infrastruktur dan pertanian. Sebuah rancangan pembangunan strategik berjangka panjang yang dinamakan LEAP 2016-2035 telah dilaksanakan, selain projek pembasmian kemiskinan secara kecil-kecilan yang dipanggil Program Mini Estes Sejahtera (Mesej).

Bagaimana pula dengan kerajaan yang ada sekarang? Adakah wujud rancangan untuk membasmi kemiskinan dalam negeri itu? Adakah kerajaan Warisan akan menyambung projek sedia ada yang dimulakan oleh kerajaan sebelumnya? Adakah ini yang dimaksudkan apabila mereka menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Sabah?

Kalau macam tu, apakah bezanya dengan program yang ditawarkan oleh kerajaan sebelumnya?

Sekarang ini, satu pertikaian undang-undang melibatkan Kerajaan Negeri dan Sabah Forest Industries sedang berlaku. Jika tiada penyelesaian dalam pertikaian ini, lebih seribu rakyat Sabah mungkin akan hilang pekerjaan.

Christina Liew, naib Ketua Menteri Sabah, sendiri mengaku yang kerajaan negeri memikul tanggungjawab untuk membantu pekerja SFI yang sudah kehilangan kerja, tetapi apa yang telah dilakukan tentang perkara ini?

Sebaliknya, kerajaan negeri lebih berminat untuk bercampur tangan dalam sebuah perjanjian persendirian yang pada asalnya boleh membuatkan SFI dijual kepada sebuah syarikat yang mampu mengembangkan ekonomi dan masyarakat tempatan, namun kini mengakibatkan kerugian dan kehilangan pekerjaan buat warga Sipitang.

Situasi ini semakin meruncing, jika kerajaan Sabah bertekad dan serius untuk menyediakan peluang pekerjaan, membasmi kemiskinan dan mendapatkan sokongan rakyat, mereka perlu bertindak segera dan pantas!

Leave a comment