Megat Zaharuddin letak jawatan Pengerusi FELDA hujung bulan ini

KUALA LUMPUR: Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dikatakan meletak jawatan Pengerusi FELDA berkuat kuasa mulai 30 Jun ini.

Menurut sumber, satu emel yang ditulis Megat Zaharuddin dan diedarkan kepada kakitangan dalaman FELDA menyebut beliau akan meninggalkan lembaga itu pada 30 Jun 2019.

Beliau berkata, hampir setahun FELDA beroperasi dengan misi, visi baharu dan nilai teras baharu dan dalam masa setahun ini juga beberapa pelan transformasi telah diperkenalkan dan diketengahkan.

“Sudah berjaya dilaksanakan, tujuh masih lagi dalam proses penyelesaian dan selebihnya bakal menyusul selewat-lewatnya hujung 2019.

“Itulah perjalanan dan pembabitan saya selama berkhidmat di sini. Namun begitu, perjalanan saya sudah sampai ke penghujungnya.

“Dengan itu pada hari ini, dengan berat hati saya ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi FELDA. .

“Hari terakhir saya di agensi yang gemilang ini bermula pada 30 Jun 2019,” menurut salinan emel tersebut kepada media oleh satu sumber.

Salinan tersebut turut disahkan oleh sumber dalaman FELDA yang turut memberitahu pengganti Megat Zaharuddin sudah dipilih.

Megat Zaharuddin dilantik menjadi Pengerusi FELDA pada 27 Julai 2018.

Sebelum menyertai FELDA, Megat Zaharuddin ialah Pengerusi Maybank selama tujuh tahun.

Source: Berita Harian

Leave a comment