Ini adalah rayuan kami kepada Chef Wan. Pada bulan Januari lepas, Chef Wan dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak kerana membenarkan Felda disalah urus sehingga bankrap.
Memandangkan situasi di Felda sekarang (selepas hampir 11 bulan) yang semakin tenat, kami memohon Chef Wan memberi “hadiah” berupa satu tamparan hebat kepada setiap Lembaga Pengarah Felda kerana telah meletakkan Felda di ambang kemusnahan, dan membahayakan sumber pendapatan buat ribuan peneroka Felda seperti telur di hujung tanduk
Sebagai seorang anak jati Felda, Kami memohon kepada Chef Wan untuk bangkit membantah kebodohan politik mengarut ini, seperti yang beliau telah lakukan sebelum ini, kerana golongan bodoh dan tamak ini yang akan menghancurkan Felda seteruk-teruknya.
Selain itu, tolonglah Chef Wan confirmkan bahawa Dato’ menggunakan minyak sawit hasil titik peluh warga Peneroka, dalam restaurant Dato’ De.Wan? Harap Dato’ boleh confirmkan melalui satu gambar
Terima kasih atas sokongan Dato’ selama ini dan kalaulah Dato’ memerlukan bantuan dengan tamparan tamparan tu, silalah beritahu kami ya Dato’


