Dengar kan, baru-baru ni, syarikat Axiata, (ibu syarikat
Celcom) ada cadang nak bergabung dengan syarikat Norway Telenor (ibu syarikat
Digi) nak wujudkan sebuah (super) syarikat baru. Ini merupakan suatu peristiwa
penting dalam sejarah Malaysia; sebelum ini, syarikat Malaysia berada di pentas
antarabangsa melalui industri minyak dan gas, perhotelan, atau perbankan. Ini
merupakan di antara industri-industri yang terbesar pada abad ke-20 sehinggalah
baru-baru ini.
Kini pada abad ke-21, dunia telah berubah dan disambung
dengan teknologi canggih. Syarikat-syarikat seperti Birkshire Hathaway, J.P
Morgan, dan Johnson & Johnson kini diganti dengan syarikat teknologi seperti
Apple, Google, dan Facebook di kedudukan teratas senarai syarikat terbesar
mengikut modal pasaran (market capital).
Apple,
Google, Facebook. Mampu ke Malaysia nak bertanding?
Jawapan mudah: Tidak. Tapi meh sini saya cerita sikit.
Axiata ni banyak aset dia serata Malaysia dan Asia tenggara,
Axiata di antara syarikat telekomunikasi terbesar di rantau ni- tapi situ je
lah kemampuan dia. Soalan yang kita perlu tanya ialah bagaimana kita nak keluar
dari menjadi jaguh kampung, dan menyertai perlumbaan juara bertaraf dunia?
Ni lah yang dilakukan oleh Axiata. Demi wawasan untuk menjadi
di antara syarikat terbesar di dunia, sebuah penggabungan kini sedang dilakukan
bersama Telenor, sebuah gergasi dunia telekomunikasi dengan pendapatan tahunan
lebih USD 14 billion setahun.
Ni 5 sebab kenapa penggabungan Axiata-Telenor mampu melonjakkan nama Malaysia ke arena global.
- Juara Dunia
Penggabungan ini mampu melonjakkan syarikat Malaysia ini serta anak syarikatnya seperti Celcom ke pasaran global yang baru. Gabungan kedua-dua gergasi telco ini akan melihat suebuah kuasa yang mampu menyaingi pemain digital di pasaran antarabangsa.
2. Beribu Pejabat di Malaysia dengan kepimpinan tempatan
Mempunyai salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia dengan HQ di Malaysia pastinya sesuatu yang diperlukan oleh negara ini terutamanya ketika kami sedang dalam perjalanan menjadi Harimau Asia yang bangkit kembali. Dalam cadangan ini telah ditetapkan bahawa kepimpinan gabungan ini adalah warganegara Malaysia. Jelas dilihat bahawa kepentingan negara dijaga.
3. Perkerjaan teknologi canggih untuk bakat tempatan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Tan Sri Jamaludin Ibrahim memberi jaminan bahawa tidak akan ada pemberhentian pekerja dalam usaha membentuk satu daripada terbesar syarikat infrastruktur mudah alih di Asia, Malah ia akan melatih kakitangan tenaga mahir tanahair di sektor industri 4.0, IoT, AI, serta ekonomi digital. Kata Tan Sri Jamaludin, “Di bawah perjanjian ini, tidak akan ada kerja pemberhentian. Tidak boleh dielak, apabila anda menggabungkan syarikat, akan ada fungsi yang bertindih. Langkah pertama kami adalah untuk melatih semula mereka,
4. Pusat Inovasi di Malaysia
Sebuah pusat Inovasi bertaraf dunia telah disetujuiu oleh kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada rancangan penggabungan. Pusat Inovasi ini yang dijangka menjadi yang terbesar di rantau ini, akan menerima pembiayaan kira-kira RM100 juta setiap tahun untuk membangunkan produk dan penyelesaian sekitar Internet Perkara, Kecerdasan Buatan, Robotik dan 5G antara lain yang boleh membuat teknologi sedemikian boleh diakses di harga yang lebih menarik.
5. Gergasi Asia = gergasi dunia
Gabungan Axiata-Telenor ini bakal mewujudkan salah satu syarikat infrastruktur mudah alih terbesar Asia dengan operasi sehingga 60,000 menara seluruh benua ini serta melibatkan lebih kurang 300 juta pelanggan mudah alih. Jauh lebih besar jika dibandingkan dengan AT&T (USA) yang mempunyai hanya 153 juta pelanggan.