Pelangi Prestasi akan memulakan perbincangan pengantaraan dengan pihak GTC dan kerajaan Sabah di atas pertikaian SFI

Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) telah dimaklumkan untuk mengadakan perbincangan pengantaraan bersama pihak lain yang terbabit dalam pertikaian perjanjian Sabah Forest Industries (SFI). Pihak yang terbabit adalah Grant Thornton Consulting (GTC), pihak administrasi untuk SFI, dan kerajaan Sabah yang mempunyai ekuiti 2% dalam SFI.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, ujarkan pihak PPSB untuk mempertimbangkan kemungkinan mencari resolusi yang memanfaatkan semua pihak yang terlibat, termasuk lebih kurang 1200 pekerja SFI yang kini menghadapi masa depan yang tidak menentu.

“Ini adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat,” Ahmad berkata. Mahkamah juga akan mencari pengantara yang sesuai untuk kes ini.

Keputusan mahkamah ini adalah tepat pada masanya, disebabkan adanya kenyataan baru-baru ini yang dipaparkan di laman web PPSB mengecam situasi pekerja SFI yang tidak dibayar gajinya pada Jun 2019. PPSB mendapat tahu situasi tersebut apabila beberapa pekerja SFI menghampiri syarikat tersebut untuk membuat aduan. Pekerja-pekerja tersebut juga meminta bantuan PPSB mencari penyelesaian demi memastikan bayaran pada masa hadapan tidak ditangguhkan.

Jika GTC atau kerajaan Sabah tidak berupaya memenuhi kewajipan kewangan mereka terhadap SFI, seperti membayar gaji bulanan dan membuat sumbangan wajib kepada EPF dan SOCSO untuk lebih kurang 1200 pekerja SFI dengan konsisten, mereka harus mencari penyelesaian segera supaya beban pekerja SFI diringankan.

Jika perkara ini dilambatkan lagi, ia akan meningkatkan kesukaran dan penderitaan di kalangan pekerja SFI. Ia juga akan mendedahkan kelemahan GTC dan kerajaan negeri dalam mengurus hal ehwal rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan. GTC dan kerajaan negeri sepatutnya mencari penyelesaian secepat mungkin, dan memandangkan PPSB sudah membuktikan prestasi kewangannya, GTC/kerajaan negeri perlu bekerjasama demi kesejahteraan rakyat.

Berita baiknya, peguam untuk kedua-dua pihak PPSB dan SFI/GTC dari mulanya telah bersetuju dengan ujaran hakim untuk melaksanakan pengantaraan. Menurut peguam PPSB, pengantaraan tersebut harus melibatkan kerajaan Sabah. Peguam Negara Sabah dan Peguam Negara Persekutuan juga akan dijemput hadir ke perantaraan tersebut.

Kenyataan PPSB terus menjelaskan, selain daripada saman sivil, syarikat tersebut juga telah memfailkan injunksi untuk menghentikan implementasi prasyarat yang baru untuk pemberian lesen pembalakan sehingga saman tersebut telah selesai.

PPSB juga telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di mana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan juga kerajaan negeri Sabah dinamakan sebagai responden untuk memadamkan keputusan kerajaan untuk menolak pengeluaran lesen pembalakan baru kepada syarikat tersebut. PPSB menyatakan bahawa langkah kerajaan mengenakan prasyarat baru untuk pemberian lesen pembalakan dan keputusan untuk menolak pengeluaran lesen pembalakan adalah salah di sisi undang-undang, tidak munasabah, dan merupakan prosedur yang tidak sah.

Ahmad Bache menetapkan 18 Julai sebagai tarikh mendengar penyerahan lanjut atas perkara tersebut, dan membuat keputusan pada hari yang sama. Beliau juga menetapkan hari yang sama untuk mendengar penyerahan lanjut untuk injunksi yang di diminta oleh PPSB.

Yang sedihnya, sementara saga di mahkamah ini berlanjutan, pekerja SFI dibiarkan sahaja dalam keadaan yang sukar. Jika ini berlarutan, penduduk Sabah pasti akan hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri apabila melihat ketidakupayaan mereka untuk menolong para pekerja.

Kami ujarkan semua pihak membuat perbincangan yang rasional, menepikan pertentangan, dan mencari hasil yang positif untuk semua pihak, termasuk pekerja SFI.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.theedgemarkets.com/article/judge-asks-syed-mokhtarlinked-firm-explore-mediation-dispute-sfi

Pelangi Prestasi To Initiate Mediation Talks With GTC and Sabah Government Over SFI Dispute

Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) has been asked to hold mediation talks with the other parties involved in the dispute over the Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) deal. The other parties are Grant Thornton Consulting (GTC), the Receiver Manager of SFI and Sabah Government, which owns about 2% equity in SFI. 

High Court judge Datuk Ahmad Bache wants PPSB to look into the possibility of seeking an amicable solution for the benefit of all parties, including the 1,200-odd employees who are now uncertain of their future.

Continue reading “Pelangi Prestasi To Initiate Mediation Talks With GTC and Sabah Government Over SFI Dispute”

Pengangguran Meningkat Di Bawah Pentadbiran WARISAN

Dalam sebuah majlis di Kota Kinabalu baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah YAB Shafie Apdal telah dilaporkan mengatakan “Sabah memerlukan modal insan yang mempunyai kepelbagaian dari segi kepakaran bagi menguruskan kewangan, kekayaan dan sumber ke arah melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri… Sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang kepakaran dan kemahiran adalah perlu kerana ia akan membolehkan negara mampu berdepan cabaran ekonomi global di masa mendatang.”

Kenyataan Shafie mungkin nampak seperti satu penggalakan dan motivasi, namun  hakikatnya adakah rakyat Sabah, lebih-lebih lagi tenaga kerja pakar dan terlatih yang mengaggur, akan percaya padanya? Jelas sekali tidak, mereka hanya akan mencemuh sahaja pada kenyataan itu.

Sejak penubuhannya, kerajaan Warisan telah mempamerkan parti tersebut sebagai jaguh untuk rakyat Sabah dan ingin memberikan masa depan yang lebih cerah untuk Negeri Di Bawah Bayu itu.

Tapi apa sebenarnya yang telah dibuat oleh mereka sejak memegang tampuk pemerintahan selama setahun?

Jelasnya, tiada. Malah, mungkin lebih teruk lagi.

Tengok sahaja pada kadar pengangguran di Sabah yang sudah meningkat daripada 5.6% pada 2017 ke 5.8% pada 2018 sejak parti Warisan mengambilalih kerajaan negeri. Pada Julai tahun lalu, jumlah graduan yang menganggur telah meningkat kepada 27,540. Ini sungguh mengejutkan! Adakah ini satu petanda penambahbaikan?

Tahun 2017 (di bawah BN) 2018/2019 (di bawah Warisan)
Kadar Pengangguran 5.6% 5.8%
Jumlah penganggur (‘000) 107.5 112.2

Tahap kemiskinan di Sabah sudah lama menjadi topik perbincangan nasional, dan sudah tentunya perkara ini berkait dengan kadar pengangguran di negeri itu.

Menurut sekeping artikel oleh The Edge Markets, program pembasmian kemiskinan oleh kerajaan sebelumnya telah membantu 30,000 orang keluar daripada kancah kemiskinan pada awal tahun 2017.

Musa Aman pernah menyatakan bahawa “kadar kemiskinan (di Sabah) boleh dikurangkan kepada bawah 1% apabila Rancangan Malaysia Ke-11 berakhir,” menggunakan gabungan projek infrastruktur dan pertanian. Sebuah rancangan pembangunan strategik berjangka panjang yang dinamakan LEAP 2016-2035 telah dilaksanakan, selain projek pembasmian kemiskinan secara kecil-kecilan yang dipanggil Program Mini Estes Sejahtera (Mesej).

Bagaimana pula dengan kerajaan yang ada sekarang? Adakah wujud rancangan untuk membasmi kemiskinan dalam negeri itu? Adakah kerajaan Warisan akan menyambung projek sedia ada yang dimulakan oleh kerajaan sebelumnya? Adakah ini yang dimaksudkan apabila mereka menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Sabah?

Kalau macam tu, apakah bezanya dengan program yang ditawarkan oleh kerajaan sebelumnya?

Sekarang ini, satu pertikaian undang-undang melibatkan Kerajaan Negeri dan Sabah Forest Industries sedang berlaku. Jika tiada penyelesaian dalam pertikaian ini, lebih seribu rakyat Sabah mungkin akan hilang pekerjaan.

Christina Liew, naib Ketua Menteri Sabah, sendiri mengaku yang kerajaan negeri memikul tanggungjawab untuk membantu pekerja SFI yang sudah kehilangan kerja, tetapi apa yang telah dilakukan tentang perkara ini?

Sebaliknya, kerajaan negeri lebih berminat untuk bercampur tangan dalam sebuah perjanjian persendirian yang pada asalnya boleh membuatkan SFI dijual kepada sebuah syarikat yang mampu mengembangkan ekonomi dan masyarakat tempatan, namun kini mengakibatkan kerugian dan kehilangan pekerjaan buat warga Sipitang.

Situasi ini semakin meruncing, jika kerajaan Sabah bertekad dan serius untuk menyediakan peluang pekerjaan, membasmi kemiskinan dan mendapatkan sokongan rakyat, mereka perlu bertindak segera dan pantas!

Shafie Fails to Fulfil Promise Made to SFI Employees

Shafie Apdal in May during a Buka Puasa event with the employees of SFI promised that salaries would be paid and that the state would look after them. It seems those were merely empty promises because since then the employees have constantly been subject to financial woes due to late salary payments.

This is not only unbecoming of the chief minister, but it reflects negatively on Shafie’s sincerity in helping the people of rural Sabah, especially Sipitang.

Continue reading “Shafie Fails to Fulfil Promise Made to SFI Employees”

Adakah Bakke Pilihan Yang Tepat?

Baru-baru ini Tan Sri Mohd Bakke telah dilantik sebagai pengerusi baru Felda, menggantikan Tan Sri Megat Zaharuddin yang telah meletak jawatan pada minggu sebelumnya.

Rata-rata media Malaysia mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Bakke, seperti Bernama yang menyifatkan pelantikan beliau seperti ‘sirih pulang ke gagang’ dan The Edge menganggap beliau sebagai ‘best man for the job (lelaki terbaik untuk jawatan ini)’.

Walaupun nampak seolah-olah beliau adalah pilihan terbaik untuk mengurus Felda yang mengalami pelbagai kemelut masalah sekarang, adakah rekod korporatnya bersih daripada sebarang keputusan yang mencurigakan?

Tan Sri Bakke bukanlah orang yang asing buat Felda – beliau pernah bekerja sebagai Pengarah Pengurusan Kumpulan (GMD) Felda pada 2005 dan CEO FGV pada 2009, sebelum syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012. Beliau telah meninggalkan jawatan tersebut pada 2010 apabila berpindah ke Sime Darby.

Felda juga melakukan pelaburan yang mencurigakan semasa di bawah pentadbiran Tan Sri Bakke. Contohnya, pembelian syarikat oleokimia Twin Rivers di Amerika Syarikat serta lain-lain pelaburan di Amerika Utara di bawah nama Felda Global Ventures North America (FGVNA) yang telah menelan kos sebanyak RM1.22 bilion dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

Siapakah pula yang mencadangkan pembelian Menara Felda pada harga RM600 juta dari kumpulan Naza, ketika Felda sudah menyiapkan tender untuk membina bangunan sendiri di Jalan Gurney?

Beliau juga telah memberi ruang kepada sebuah syarikat dari India, Allana, dalam urusniaga minyak Felda secara besar-besaran, yang telah merisaukan ramai peneroka Felda.

Ternyata imej Tan Sri Bakke yang sebelum ini rapat dengan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya akan kredibiliti beliau untuk kembali mengerusi Felda.

Malahan, perlu diingat bahawa beliau juga banyak memegang jawatan yang dilantik secara langsung oleh Dato’ Seri Najib Razak.

Sebagai contoh, beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah 1MDB sebelum ini dan walaupun beliau meletakkan jawatan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan 1MDB, beliau tidak mengambil sebarang tindakan yang serius untuk memperbetulkan masalah dalam syarikat tersebut.

Jutaan ringgit wang rakyat telah diseludup ke dalam akaun 1MDB, akan tetapi Tan Sri Bakke cuma memilih untuk berdiam diri dan letak jawatan. Mengapa beliau tidak menyuarakan dan menyoal transaksi yang mencurigakan itu dengan lantang, apabila terang-terang perkara itu adalah salah?

Bekas pengerusi Felda yang juga merupakan seorang lagi rakan rapat Najib, Tan Sri Mohd Isa Samad, telah menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian yang sangat dahsyat terutamanya selepas penyenaraian FGV pada 2012.

Maka keresahan rakyat Malaysia terhadap Tan Sri Bakke adalah berasas, kerana kita bimbang jika Tan Sri Bakke akan membuat keputusan yang boleh merugikan Felda lagi.

Malahan, Tan Sri Bakke sudah pun memegang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun lalu. Pengerusi Felda yang baru seharusnya memberikan sepenuh masa kepada Felda, bukannya perlu membahagikan komitmen kepada syarikat yang lain.

Adakah kita ketandusan ahli korporat lain untuk mengemudi Felda sekarang? Jawatan-jawatan besar ini asyik diberi kepada golongan yang sama sahaja.

Bukankah sudah tiba masanya untuk ahli korporat yang sudah berusia ini untuk berundur dan beri peluang kepada golongan yang lebih muda, terutamanya dari sektor swasta?

Terdapat ramai ahli korporat Bumiputera yang berintegriti di dalam sektor swasta, sudah tentunya mereka sangat mampu untuk memegang jawatan pengerusi Felda.

Dah Banyak Kerugian Dalam FGV Pun Masih Nak Gaji Tinggi! Apa Cerita?

Sejak penyenaraian FGV Holdings Berhad pada 2012, prestasi syarikat tersebut menjadi semakin teruk setiap tahun, sehingga mencatatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit.

Dan siapa yang paling terjejas disebabkan kerugian yang dahsyat ini? Bukannya Lembaga pengarah yang sentiasa membawa pulang gaji beratus ribu, tetapi para peneroka yang berpeluh keringat mengerjakan ladang di kampung!

Continue reading “Dah Banyak Kerugian Dalam FGV Pun Masih Nak Gaji Tinggi! Apa Cerita?”

States should adhere to new forest management guidelines – to be issued

PUTRAJAYA, June 18 (Bernama) — The Forestry Department of Peninsular Malaysia will issue guidelines on the jurisdiction of state governments in managing forests in their own states, says Water, Land and Natural Resources Minister, Dr Xavier Jayakumar.

In line with this, he said his ministry would propose amendments to the National Forestry Act 1984 to enable the guidelines that touch on the issuing of logging licence and gazetting of forests to be part of the Act.

“If all the state governments follow the set process, problems will not arise. But what I see now is that the power to gazette forest reserves all lies with the state executive council. That is why decisions to gazette forests are easily made at the exco meetings.”

Continue reading “States should adhere to new forest management guidelines – to be issued”

Let fair play prevail in Sabah Forest Industries deal

We refer to your report on June 8, 2019, “Let proper experts run Sabah Forest Industries, says ex-banker”.

We beg to differ from John’s Lo comments on Sabah Forest Industries (SFI) because the perception that is created serves to favour the state’s viewpoints and not the changing business landscape and facts of law.

It must be made clear that the “two” points central to the case, as raised by John Lo (state’s insistence to have pulp and paper expertise as a prerequisite and decision to reject the issuance of the licence) were a mere after-thought by the government to disrupt the sale and purchase between Pelangi Prestasi and Ballarpur Industries.

First, about the notion that the investor should have “pulp and paper” experience as a “pre-requisite” for the takeover of SFI.

Continue reading “Let fair play prevail in Sabah Forest Industries deal”

Mining is Detrimental. Call for Action to Amend NMP2 to be ‘Greener’

We all know that mining can be detrimental to the ecological system. Apart the physical degradation in terms of extensive erosion and causing sinkholes, mining can also result in the loss of biodiversity, contamination of soil, groundwater and water tables, ultimately impacting surface waters. This could create public health concerns. 

However, it must be noted that every industry that affects the environment and ecological systems can be managed and controlled with proper legislation and enforcement. The same goes for the mining industry, that is with stringent conservation and preservation protocols and practices, the industry could be considered on a lesser scale.

Although the existing National Mineral Policy 2 (NMP2) may offer some guidance in terms of environmental protection, sustainable development and the management of social impacts, which are the primary concerns of NGOs, the policy needs to be amended to address the growing challenges in the industry. 

The government and the mining industry must look into amending the NMP2 in favour of a greener, environment friendly and sustainable approach to mining. All new standards and propositions should be benchmarked against existing and acceptable standards in countries abroad. In other words, international protocols must be adopted to safeguard our ecological systems. Feedback from NGOs is important in formulating new, safer policies when the matter is prompted and called to action.

It must be noted that businesses will continue to remain open to all sectors of industry. What is important then are standards and practices that must be in place to ensure that our ecological systems are not exploited but stringently protected in a sustainable manner, which should be closely monitored by the authorities.