Pemberian kawasan-kawasan hutan kepada para
pemimpin politik adalah rahsia terbuka di Sabah. Dulu, setiap wakil rakyat atau
pemimpin pasti mendapat sekurang-kurangnya 500 ekar balak. Ketua Menteri
sebelum yang sekarang memutuskan pada tahun 2006 untuk tidak memberi lesen
pembalakan baru untuk memelihara khazanah negeri. Menerusi keputusan itu, maka
Sabah mentargetkan menjelang tahun 2025, sekurang-kurang 30 peratus daripada
“land mass” Sabah diliputi hutan atau protected area.
Akibat tindakan Ketua Menteri Sabah ke-14
memansuhkan sebarang pemberian kawasan balak, maka kawasan hutan simpan Sabah
telah melonjak kepada 1.8juta hektar pada tahun 2017, dan lonjakan itu
merupakan 115 peratus berbanding hutan kekal Sabah tahun 2002. Sebagai rekod
hutan kekal Sabah, pada tahun 2002 adalah 838,132 hektar, selepas 10 tahun,
hutan kekal Sabah pada tahun 2013 adalah 1,350,574 hektar, dan pada tahun 2017
hutan kekal Sabah mencapai 1.8juta hektar, dan pada tahun 2025, ditargetkan 30
peratus land mass Sabah diselimuti hutan kekal.
Continue reading “Kami, Bukan Politikus Dan Kroni Pemimpin, Berupaya Memartabatkan Sabah” →